Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 19 Januari 2017

DALAM MENUNDUK MUHYIDDIN MENYONGGENG

DALAM MENUNDUK MUHYIDDIN MENYONGGENG

1. Terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana menyahut cabaran saya untuk menyatakan kesetiaan beliau adalah kepada Tuanku Sultan dan Negeri Johor.

2. Namun, apa yang telah diterangkan di dalam kenyataan beliau secara keseluruhan tidak mencerminkan taat setia tersebut.

3. Saya bangkitkan soal kesetiaan kerana kemurkaan Tuanku Sultan yang diterbitkan oleh akhbar The Star mengenai kenyataan yang tidak berasas oleh Tun Dr Mahathir kononnya projek pembangunan Forest City yang merupakan sebahagian daripada Iskandar Malaysia bakal menyaksikan pembelian hartanah sejumlah 700,000 unit yang mana sebahagian besar merupakan warganegara China.

4. Tidak cukup dengan itu, Tun Dr. Mahathir turut menuduh bahawa kerajaan akan memberikan taraf kewarganegaraan kepada mereka yang langsung tidak masuk akal dengan mana-mana peruntukan undang-undang ataupun Perlembagaan Persekutuan.

5. Mungkin juga Tan Sri Muhyiddin terlepas pandang akan titah Tuanku Sultan yang menyatakan bahawa unit hartanah yang bakal dijual itu terletak pada kawasan tambakan laut yang bercirikan unit strata dan saya yakin ia bukanlah tanah pusaka seperti yang didakwa oleh beliau.

6. Malah, salah satu syarikat yang terlibat dalam usaha sama menjayakan projek ini merupakan milik penuh Kerajaan Negeri Johor yang mana saya yakin hasil pelaburan ini bakal meningkatkan ekonomi Negeri Johor sekaligus mampu untuk menaiktaraf kehidupan rakyat Johor itu sendiri.

7. Kenyataan Tan Sri Muhyiddin juga telah menunjukkan bahawa beliau tidak berbicara dengan angka dan fakta tetapi hanya persepsi semata-mata tanpa meluangkan masa untuk membuat kajian terlebih dahulu.

8. Soal keselamatan dan kedaulatan negara tidak terletak kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga partinya itu tetapi adalah hak mutlak Yang di-Pertuan Agong seperti mana diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan Perkara 41 yang menyatakan dengan jelas bahawa 'Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Pemerintah Tertinggi angkatan tentera Persekutuan'.

9. Saya melihat walaupun Tan Sri Muhyiddin telah menyatakan taat dan sumpah setia kepada Tuanku Sultan dan Negeri Johor, beliau langsung tidak menunjukkan sebarang persetujuan terhadap titah Tuanku Sultan Johor.

10. Lebih mengecewakan lagi apabila Tan Sri Muhyiddin bersetuju dengan dakwaan songsang Tun Dr. Mahathir walaupun kenyataan itu telah mendapat kemurkaan Tuanku Sultan.

11. Inilah yang disebut-sebut selama ini sebagai ciri parti dan individu yang mahu membawa virus perpecahan ke dalam Negeri Johor.

12. Saya percaya bahawa rakyat Negeri Johor dapat melihat secara jelas di mana benar-benar letaknya taat setia Tan Sri Muhyiddin dan ia tidak dizahirkan terhadap Tuanku Sultan dan Negeri Johor.

Ab Aziz Kaprawi
Ahli Majlis Tertinggi UMNO
Ketua UMNO Bahagian Sri Gading
#MuafakatJohor

Isnin, 16 Januari 2017

Isu Pelabur China: Sultan Ibrahim Bidas Komen Dr M

JOHOR BARU: Sultan Johor bertitah baginda amat tersinggung dan terluka dengan kenyataan politik yang diputar belit oleh ahli politik tertentu terhadap pelaburan China di negeri itu.

Titah baginda sekiranya perkara itu dibiarkan, ia akan mengusir pelabur-pelabur di negeri tersebut.

Dalam satu temubual eksklusif, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar memetik nama Tun Dr Mahathir Mohamad kerana meletakkan kepentingan politik melebihi kepentingan rakyat Malaysia khususnya di Johor.

"Cukup-cukuplah. Setakat ini beta telah cuba mengawal diri daripada mengulas mengenai kontroversi membabitkan Forest City yang dibangkitkan Dr Mahathir dan penyokongnya.

"Namun Dr Mahathir sudah keterlaluan dengan memutarbelitkan isu ini. Beliau mendakwa kira-kira 700,000 rakyat China akan tinggal di JB dan taraf kewarganegaraan akan diberikan dan sebilangan besar tanah telah dijual kepada China.

"Beliau memberi gambaran bahawa Johor menyerahkan tanah kepada rakyat China malah membandingkan bagaimana kita menyerahkan Singapura kepada British," katanya dalam satu temubual di Istana Bukit Serene di sini.

Sultan Ibrahim berkata baginda tidak berniat untuk campur tangan dalam politik tetapi perlu menyatakan kebenaran kerana fakta mengenai isu tersebut telah diputar belit oleh mereka yang mempunyai niat tidak betul.

"Biar beta tanya kepada beliau - Forest City akan dibina di atas tanah yang ditambak dan kebanyakannya ialah unit kondominium. Dalam bahasa mudah, unit tersebut adalah di udara. Ia unit strata.

"Saya ingin bertanya kepada Dr Mahathir jika pembeli warga asing ini dapat membawa balik apartmen itu ke negara mereka atau membawa seinci tanah yang telah ditambak ini.

"Mari kita lihat bilangan warga asing yang membeli hartanah di Singapura. Adakah rakyat Singapura di republik itu bimbang? Tidak, mereka tidak bimbang, tapi sebenarnya mereka mengalu-alukan ekspatriat mewah di sana.

"Di sini, kita ada Dr Mahathir yang mewujudkan rasa takut dengan menggunakan isu kaum, hanya untuk memenuhi motif politiknya. Beliau tidak bodoh, beliau hanya pentingkan diri dan bersifat oportunis," titah Sultan Ibrahim.

Lakaran artis menunjukkan bandar raya pintar, Forest City yang dibangunkan di atas empat pulau buatan.
Sultan Ibrahim mengulas mengenai beberapa kenyataan dalam blog Dr Mahathir yang mendakwa sejumlah besar tanah di Johor Baru dijual kepada warga asing tanpa sekatan dan wujud penghijrahan secara besar-besaran warga asing di bandar baharu itu.

Dr Mahathir dipetik sebagai berkata ribuan unit (kediaman) sudah siap dibina di Forest City yang dibangunkan syarikat berpangkalan di China dan telah dijual kepada rakyat China.

Forest City apabila ia siap sepenuhnya kelak akan terletak di atas empat pulau buatan manusia di Iskandar Malaysia yang dibangunkan Country Garden Pacific View.

Sultan Ibrahim berkata projek pembangunan campuran di Forest City bukan hanya untuk pelabur China tetapi sesiapa sahaja di seluruh dunia termasuk rakyat Johor.

"Projek ini akan meluaskan saiz tanah di Johor dan kedaulatannya," titah baginda.

Jelas baginda, kewujudan Forest City akan memberi impak besar termasuk pendapatan bagi kerajaan negeri dari segi cukai dan menyediakan kira-kira 200,000 peluang pekerjaan.

Sultan Ibrahim turut bertitah urusan tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan bukannya kerajaan Persekutuan.

Titahnya, SP Setia, sebuah syarikat dari Malaysia terlibat dalam pembinaan apartmen di Battersea Power Station di London dan kerajaan British turut mengalu-alukan projek dan pelaburan di bandar baharu itu.

"Adakah Dr Mahathir atau anak-anaknya memiliki hartanah di luar negara?," soal Sultan Ibrahim.

Baginda bertitah, ramai pelabur datang ke Forest City turut mendapat manfaat daripada program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) yang dilancarkan pada tahun 2002 semasa dibawah pentadbiran Dr Mahathir.

"Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai perdana menteri, beliau telah meminta rakyat Malaysia untuk pandang ke Timur tetapi sekarang beliau mengkritik apabila pelabur Malaysia datang ke sini untuk melabur," titahnya.

Sebagai perdana menteri, Sultan Ibrahim bertitah Dr Mahathir telah memberi banyak perhatian dan keutamaan dalam membangunkan Langkawi berbanding beberapa pulau lain di negara ini.

Titah baginda, Dr Mahathir sedang bermain politik ketakutan dan kaum yang tidak mempunyai tempat di Johor kerana saya tak percaya kepada politik  kaum.

Beliau menghina pelabur hartanah China yang kaya. Mereka tidak terdesak untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia. Kebanyakan mereka mempunyai hartanah di negara lain, termasuk Australia dan United Kingdom.

"Mereka membeli hartanah di sini kerana mereka dapat melihat kepentingan strategik Johor.

"JB hanya beberapa minit dari Singapura dan Batam – dua negara berlainan.

"JB juga akan menjadi seperti Lembah Klang dengan hanya 90 minit perjalanan menggunakan keretapi laju sebaik sahaja Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Malaysia dan Singapura siap dibina," titahnya.

Sultan Ibrahim bertitah Johor Baru juga akan menjadi  kota raya utama kedua di Malaysia selepas Kuala Lumpur, seperti New York-Los Angeles, Beijing-Shanghai dan Sydney-Melbourne.

Rabu, 28 Disember 2016

BENARKAH LEBUHRAYA THAILAND TIADA TOL?

Saya mendapati terdapat banyak netiszen yang berkongsi gambar yang mengandungi seribu persepsi mengatakan bahawa Thailand tiada toll dan Malaysia boleh ada toll, seterusnya memberi persepsi buruk kepada Malaysia sendiri. Benarkah gambar yang dikongsikan ini?

Kebanyakan toll di Thailand sebenarnya berada dalam lingkungan kawasan Greater Bangkok. Toll di Thailand di bahagi kepada tiga bahagian iaitu expressways, tollways, dan motorways.

Toll di Thailand diletakkan di bawah agensi di bawah Kementerian Pengakutan Thailand, iaitu EXACT ( Expressway Authority of Thailand), dan DoH (Department of Highways).

EXAT bertanggungjawab menguruskan Chaloem Mahanakhon Expressway, Si Rat Expressway, Chalong Rat Expressway, Udon Ratthaya Expressway, Burapha Withi Expressway dan Kanchanphisek Outer Ring Road (Bahagian Selatan).

DoH pula bertanggungjawab menguruskan Uttraphimuk Tollway (dulu dikenali sebagai Don Mueang Tollway), Motorway No. 7 (Bangkok-Chonburi), dan Motorway No. 9 (Kanchanphisek Outer Ring Road - kawasan timur Thailand).

Toll di Thailand dicaj dalam lingkungan 40 Baht sehinggalah 55 Bhat mengikut lebuhraya tertentu. Jumlah ini kalau ditukar ke dalam wang Malaysia berjumlah dalam RM 4.15 hingga ke RM 5.71 sen.

Bab spin orang BN kalah teruk dgn cai pakatan dan pakatun. RBA DAP memang hidup dgn fitnah hari hari. Hari ini fitnah, esok kantoi. Lusa tipu lagi. Muka tebal mana tahu malu.

-Abam Sado-

[Current Affairs]

Selasa, 5 Julai 2016

HINA ORANG SATU PERBUATAN TERKUTUK ??

Salam ukhwah Fillah.Salam persahabatan kerana Allah.Semoga semua sahabat pm beroleh keberkatan dan dijauhkan dari dosa di penghujung Ramadhan ini mudah mudahan kita dijauhkan dari sifat tercela tersebut

Di negara kita sudah menjadi kebiasaan terutamanya sekumpulan pengamal media mahupun penyokong parti politik gemar melakukan celaan serta hinaan pada kumpulan penyokong yang tidak mereka sukai menghina bagaikan suatu perkara yang tidak berdosa pada mereka

Terbaru pm ada terbaca update update status dimana seorang pakcik di tangkap kerana menghasut serta menghina pemimpin yang pm peliknya tuduhan yang mereka lakukan amat gelap pada pembuktiaan faktanya jika tidak suka dengan pemimpin tegurlah secaƕ baik tak faham tanya apa fakta yang sebenar bukan terjahan keras yang dilakukan dan perlu diingat ahlus sunnah waljamaah melarang keras kita menderhaka kepada pemimpin (ulul amri)

Menghina orang adalah sebuah perbuatan tercela, dan Allah tidak menyukai hal tersebut. Karena biasanya, orang yang suka menghina dan mencaci maki orang lain adalah mereka yang bersikap sombong.

Selain itu, menghina adalah perbuatan yang dapat menyakiti hati orang lain. Sedangkan Allah sangat membenci orang yang menyakiti orang lain, terlebih adalah orang yang menyakiti seorang muslim.

Pahala Bagi Orang yang Dihina dan Dicaci

Rasulullah SAW bersabda,

"Mencaci orang Islam (Muslim) adalah perbuatan fasiq dan membunuhnya adalah perbuatan kufur." [HR. Muslim]

Namun sekarang ini banyak orang yang saling menghina satu sama lain, padahal hal tersebut adalah perbuatan dosa. Dan dosa besar tengah menantinya untuk membawanya ke neraka.

Sebaiknya, orang yang mendapat hinaan atau cacian sebaiknya tidak melakukan balasan mencela orang yang menghina dirinya itu. Karena, saat ada orang yang menghina kita justru kita akan mendapatkan pahala.

Untuk itu, kita tidak boleh bersedih apabila ada seseorang yang dengan sengaja menghina dan merendahkan kita. Karena, sebenarnya orang tersebut sedang memberikan hadiah kepada kita, yaitu:

  1. Ia sedang memberikan kebaikannya (pahalanya) kepada kita.
  2. Allah menghapus dosa-dosa kita dari celaan yang kita dapatkan.

Dengan kata lain, apabila kita sedang dihina atau direndahkan orang lain, maka Allah akan memberikan kita pahala apabila kita bersabar. Seorang salaf pernah berkata: "Jika aku boleh berghibah, maka kedua orangtuakulah yang paling berhak aku ghibahi. Karena hanya mereka berdua yang paling berhak aku serahi kebaikanku".

Salah seorang salaf juga berkata: "Apabila sampai kepadamu perkataan dari saudaramu (berupa celaan) yang menyakitimu, maka janganlah engkau risau. Seandainya perkataan itu benar, maka itu adalah hukuman bagimu yang disegerakan (daripada mendapat hukuman di akhirat). Dan seandainya perkataan itu tidak benar, maka itu akan menjadi pahala bagimu tanpa harus berbuat baik."

Sedangkan bagi orang yang menghina tersebut, maka Allah sudah menyiapkan neraka dan siksa baginya. Karena mencela adalah sebuah perbuatan yang dzalim, Allah berfirman:

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." [QS. Al-Hujarat ayat 11]

Dan orang yang mencela itu adalah orang yang sedang memikul kebohongan dan dosa yang sangat besar, Allah telah menegaskannya:

"Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata." [QS. Al-Ahzab ayat 58]

Untuk itu, jangan suka mencela orang lain. Karena Allah tidak menyukainya dan mereka yang berbuat demikian akan mendapatkan dosa yang begitu besar. Semoga kita selalu dalam perlindungan Allah. Aamiin.

Isnin, 4 Julai 2016

MENGAPA PEGAWAI KERAJAAN TIDAK DIBENARKAN MEMBELI ASET DIBAWAH PARAS HARGA PASARAN DARIPADA PIHAK YANG BERURUSAN DENGAN KERAJAAN.

Mengapa ianya menjadi satu kesalahan untuk pegawai awam membeli hartanah pada harga diskaun atau di bawah paras harga pasaran daripada orang yang berurusan dengan kerajaan dianggap sebagai kesalahan rasuah?

Kerana hartanah ialah aset dan mempunyai nilai taksir harga pasaran.

Ia tidak berbeza dengan aset seperti saham sama ada di dalam sektor awam atau swasta ataupun emas atau kereta.

Sebagai contoh, jika anda membeli hartanah bernilai RM 6.5 juta pada harga diskaun sebanyak RM 2.8 juta, anda boleh terus menjualnya pada harga RM 6 juta (jual bawah harga pasaran RM 500k untuk cepat dijual) dan mendapat untung RM 3.2 juta.

Ini adalah kelebihannya dan ia sama seperti memberi anda RM 3.2 juta secara tunai.

Begitu juga jika seseorang membuat urusan dengan kerajaan menawarkan untuk menjual emas kepada anda bernilai RM 10 juta pada harga cuma RM 5 juta kerana mereka menghormati anda, ia bermakna mereka memberi anda RM 5 juta.

Atau pun, mereka menjual sebuah kereta kepada anda bernilai RM 500K, pada harga cuma RM 10K sahaja.

Menurut seorang peguam yang dipetik oleh Mkini hari ini, objektif Seksyen 165 adalah untuk menghukum pegawai awam yang menerima ‘hadiah’ dan hadiah tersebut ada menunjukkan seseorang berurusan dengan pegawai awam.

Sebenarnya, sama ada pemberi mendapat apa-apa kebaikan atau kelebihan daripada pemberian hadiah tersebut ia bukanlah satu kesalahan.

Ini adalah kerana ia dianggap bahawa anda telah mendapat KELEBIHAN disebabkan jawatan anda – dan ini bermaksud rasuah.

Undang-undang ini tidak unik di Malaysia dan undang-undang sama wujud di dalam hal yang berkaitan rasuah di negara lain.

Dan ini tiada kena mengena dengan besarnya rumah tersebut atau pun berapa mahal harga jika dibandingkan dengan rumah Lim Guan Eng.

Jadi, membandingkan rumah Lim Guan Eng dengan rumah ahli politik yang lain adalah tidak relevan.

Tindakannya membeli asset di bawah paras harga pasaran daripada orang yang berurusan dengan kerajaan yang membuatnya didakwa untuk kesalahan rasuah – dakwaan dan kes sama yang menyebabkan bekas menteri besar Selangor MB Khir Toyo dipenjara.

Ia adalah sangat mustahil penjual akan menjual rumah tersebut pada harga RM 3.7 juta pada bawah harga pasaran kepada Guan Eng jika tidak kerana jawatannya sekarang.

Jika anda tidak mempercayai saya, berapa banyak hartanah di Penang yang di tawarkan kepada anda dan rakan-rakan anda pada 60% dibawah harga pasaran?

Jika Lim Guan Eng tidak didakwa, maka semua menteri kabinet, ketua menteri, menteri besar, KSU, ahli EXCO, dan lain-lain akan mula menggunakan ‘jika anda sanggup membeli, saya sanggup menjual’ untuk membeli hartanah dan asset dengan berbagai taikun dan pemilik syarikat – sama ada disenaraikan atau tidak – SPRM dan LHDN tidak boleh berbuat apa-apa kerana ia adalah ‘sah’.

Bayaran melibatkan rasuah menggunakan harga dibawah pasaran atau penjualan asset pada kadar diskaun yang banyak akan menjadikan rasuah dan penipuan wang menjadi sesuatu yang sah kepada pegawai awam.

Contoh seperti idola rakyat singapura, apabila Lee Kuan Yew bersara sebagai Perdana Menteri di awal tahun 1990, beliau diberikan sebanyak 7% diskaun apabila beliau membeli unit kondominium yang baru di projek yang dinamakan ‘Nassim Jade’ daripada sebuah syarikat yang dimana abangnya ialah salah seorang ahli lembaga syarikat.

Di singapura dan juga di Malaysia, ia adalah tidak menjadi kesalahan apabila diskaun tersebut di tawarkan kepada ahli keluarga selagi ia adalah secara tertutup.

Apabila berita tentang ini tersebar, Lee Kuan Yew yang mana masih lagi seorang MP, meminta untuk hadir ke parlimen dan menerangkan bahawa hal tersebut adalah sah, kerana syarikat tersebut tidak mempunyai sebarang urusan dengan kerajaan, dan ia terjadi apabila beliau sudah bersara daripada jawatan Perdana Menteri dan tiada sebarang pengaruh, juga harga Kaki Persegi kondominium tersebut, dibeli dengan harga lebih tinggi daripada hartanah disekitarnya.

Walaubagaimanapun, beliau memberitahu untuk membuktikan dirinya tidak bersalah dan tidak menyimpan apa-apa rahsia, beliau akan mendermakan nilai diskaun tersebut kepada badan kebajikan.

Didalam kes Lee Guan Eng, harga Kaki Per Segi yang dibayar, adalah sekitar 50% hingga 60% dibawah harga pasarandi sekeliling hartanah tersebut dan penjual ada beberapa urusan dengan kerajaan negeri – termasuk di dalam bidang dan kawasan yang dipengaruhi beliau.

Tidak seperti Lee Kuan Yew, Lim Guan Eng tidak mengaku bersalah dan tidak berniat untuk mendermakan nilai diskaun tersebut kepada kebajikan untuk membuktikan dirinya tidak menyembunyikan sesuatu.

Dan, selepas beliau didakwa, beliau menuduh kerajaan sengaja memerangkapnya, tidak mengundur diri dan beliau mengaku tidak membuat sebarang kealahan dan ianya cuma satu konspirasi.

Ahad, 3 Julai 2016

MOHD RAFIZI RAMLI JERAT LEHER SENDIRI ??


Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa laman web www.rafiziramli.com yang mengandungi paparan dokumen rasmi berhubung laporan pengauditan 1Malaysia Development Berhad(1MDB) adalah milik Setiausaha Agung PKR, Mohd Rafizi Ramli.
Penolong Pengarah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), Mohd Zamiri Sanim, berkata paparan dokumen rasmi berhubung laporan akhir yang dimuat naik di laman web tersebut bertajuk ‘Laporan Ketua Audit Negara Ke Atas 1MDB.
Beliau berkata SKMM menjalankan siasatan pelbagai peringkat, termasuk melakukan semakan di syarikat telekomunikasi dan Jabatan Pendaftaran Negara, sebelum memastikan laman web itu adalah milik Mohd Rafizi, 39.
Mohd Zamiri, 35, berkata dia menerima permohonan daripada pegawai penyiasat, Supt R. Rajagopal dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (Bahagian Korporat), Bukit Aman, untuk menjalankan siasatan terhadap laman web tersebut pada 11 April lepas.
Katanya semakan dilakukan selepas beliau menemui beberapa perkara di laman web itu yang memerlukan siasatan lanjut seperti nombor telefon dan alamat email yang tertera.
“Selain itu, saya juga memperoleh maklumat lanjut berhubung beberapa pautan dalam laman web itu seperti laman sosial Facebook di mana selepas dianalisa ia juga adalah kepunyaan Mohd Rafizi,” katanya pada perbicaraan hari ketiga kes Mohd Rafizi yang didakwa memiliki dan mendedahkan dokumen rasmi berhubung laporan audit 1MDB.
Saksi pendakwaan ketiga itu berkata beliau menyerahkan laporan siasatan dan analisa laman web itu kepada ketua jabatannya untuk kelulusan.
Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Zhafran Rahim Hamzah, beliau berkata beliau telah menyerahkan laporan itu kepada Rajagopal pada hari yang ia diluluskan, iaitu 11 April lepas.
Mohd Rafizi, yang merupakan anggota Parlimen Pandan dan juga naib presiden PKR, didakwa memiliki tanpa kebenaran satu halaman muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1MDB yang merupakan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
Mohd Rafizi, yang diwakili peguam Ahmad Nizam Hamid, didakwa melakukan kesalahan itu di lobi bangunan Parlimen di sini pada 3 petang 24 Mac lepas mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 dan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, Mohd Rafizi didakwa mendedahkan kandungan laporan tersebut dalam sidang media di tempat sama pada 28 Mac lepas mengikut akta itu yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun.
Saksi pendakwaan keempat, wartawan dari Free Malaysia Today (FMT), Nawar Firdaws Idris, 28, memberitahu mahkamah bahawa beliau turut menerima salinan dokumen rasmi berhubung laporan audit 1MDB ketika membuat liputan sidang media Mohd Rafizi di lobi bangunan Parlimen Mac lepas.
Nawar Firdaws berkata salinan dokumen itu mengandungi isu mengenai hubungan 1MDB dengan LTAT (Lembaga Tabung Angkatan Tentera) dan anak syarikat lembaga itu, Perbadanan Perwira Hartanah Malaysia.
Disoal Timbalan Pendakwa Raya, Shukor Abu Bakar, beliau berkata dia tidak membawa salinan itu pulang kerana seorang wartawan lain memberitahunya dokumen berkenaan tidak boleh digunakan untuk bahan berita.
“Saya juga ada merekod sidang media yang berlangsung lebih kurang sejam itu, namun, rakaman audio itu sudah dipadamkan sebaik saja berita disiarkan di portal FMT,” katanya.

Selasa, 28 Jun 2016

DAP ARAH DYANA SOFEA DEBAT DENGAN MUFTI PAHANG ???

Sanggup menabur JANJI yang merugikan Islam dan Bangsaya sendiri secara terang - terangan demi cita citanya untuk menjadi Ahli Parlimen dengan jalan yang singkat malah sanggup menjadikan ibunya bermuka muka semata mata nafsu nak berkuasa dan lebih buruk sanggup menolak Hudud jika di bentangkan,Itu sudah cukup menceritakan tentang punca sebenar kekalahannya di PRK Teluk Intan pada suatu masa dahulu dan bagi pm tiada ALASAN lain.

Walaupun setelah dia kalah pm rasa macam teringin nak pos cerita tentang Diyana ni hari ni bukan pasal apa sebab bukan senang nak cari Melayu yang sanggup buat macam yang Diyana ni buat kan sahabat bayangkanlah sebusuk busuk gadis pun paling tidak akan masuk parti pembelit  dan rasuah PKR atau Parti jual nama Agama Pan tapi dia menongkah arus dengan jalan mudah melalui Dap,tapi kalau masuk PKR or Pan sudah pasti tidak ada tempat kan jadi pilih lah jalan mudah masuk Dap

Admin menyokong penuh kita belasah sahaja Diyana Sofea ni lagi,bukan apa bukan senang nak cari pengkhianat Bangsa,Agama di zaman moden ni kan

Matlamatnya adalah sama iaitu untuk melihat umat Islam pecah belah kerana sudah pasti bakal ada pihak berkepentingan dari Islam sendiri di sini akan cuba mempertahankan tindakan biadap DAP atas nama Pakatan.

Akhirnya Islam akan terus terpecah kepada beberapa kelompok yang berlainan ideologi politik.

Melihatkan kepada gerakan kurang ajar yang dilaksanakan mereka, sudah pasti ia adalah satu perkara yang perlu diambil serius. Ini adalah salah satu bentuk ancaman kepada umat Islam di Malaysia.

Maka umat Islam hari ini perlu bersedia dari segi mental dan fizikal kerana ancaman penghinaan daripada mereka seolah-olah cuba mengajak kita melakukan sesuatu yang di luar jangkaan.

Umat Islam tidak perlu rasa bersalah apabila kita menghukum gerakan yang dilakukan oleh pemimpin DAP Cauvinis, sememangnya mereka seperti mencurah minyak ke dalam api.

Kejadian buruk sememangnya sesuatu yang tidak ingin kita saksikan berlaku. Namun sekiranya penghinaan yang dilakukan oleh pemimpin DAP ini secara berterusan, sudah pastinya akan wujud ketidakpuasan hati di kalangan orang yang dihina.

Setiap kali kenyataan yang menghina sesiapa sahaja, tindak balas oraang melayu bukannya melalui kekerasan tapi amat wajar pm rasa kita beri kesedaran pada anak anak melayu kita tentang keejahatan Daplahnatullah ini

Lihat video ini khabarkan pada anak cucu kita agar tiada lagi golongan pembelot agama seperti diana sofea ini
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=680412028702188&id=602365136506878

ADAKAH DAP MENGIKTIRAF MALAYSIA SEBAGAI TANAH MELAYU  ?

DAP tidak pernah mengiktiraf Malaysia sebagai Tanah Orang Melayu dan Tanah Bumiputera Sabah dan Sarawak!... Tanpa berpandukan Sejarah Malaysia dan Kontrak Sosial, DAP akan melakukan apa sahaja untuk menafikan "Istilah Tanah Melayu" DAN MENJADIKAN MALAYSIA SEBAGAI NEGARA YANG "DIPUNYAI" OLEH PIHAK CINA DAP SAHAJA... .....

ADAKAH DAP MENGHORMATI ISLAM? ( ...YANG MENJADI AGAMA RASMI NEGARA MALAYSIA DAN DIANUTI OLEH MAJORITI RAKYAT MALAYSIA?)

DAP tidak pernah menghormati Islam malah membenci dan menghina Islam setiap masa pm masih ingat mereka ni lah orang yang sering menuntut kebebasan Beragama,mereka inilah yang meminta Kalimah Allah boleh diguna pakai dirumah Ibadat mereka,mereka inilah yang mahu wang zakat dikongsi samarata bersama kaum mereka

Mereka menuntut segala yang kelebihan yang kita ada,mereka desak hak kita bila kita mempertahankan hak kita mula mereka buat muka seposen menuduh mereka diitindas kesian pm tengok perangai mellaun Dap ini

DAP melakukan apa sahaja untuk melemahkan Islam malah DAP tidak langsung takut terhadap apa2 jua institiutsi Islam di Malaysia

ADAKAH DAP BERSIKAP TAAT SETIA KEPADA RAJA2 MELAYU?

Cina Cauvanis DAP tidak akan bersikap taat setia kepada Raja2 Melayu!!! Mereka telah sering berkelakuan biadap terhadap Raja2 Melayu malah menggelarkan Raja2 melayu sebagai lanun, perompak dan sebagainya

ADAKAH DAP MENGIKTIRAF KEDUDUKAN ORANG2 MELAYU DI MALAYSIA SEPERTI YANG TERMAKTUB DI DALAM ARTIKEL 153 PERLEMBAGAAN MALAYSIA?

DAP tidak pernah mengiktiraf kedudukan orang2 Melayu menurut Perlembagaan Malaysia malah DAP telah berkali2 melaungkan untuk menghapuskan Hak Keistimewaan Orang Melayu

Kalau dulu Pas yang membela Dap kini Pas sudah sedar bersama Dap amat merugikan Islam pm pun tidak pernah berperang tentang dap ni dengan orang cina dap melayu Pas sahaja yang membelanya dahulu tapi sekarang tidak lagi yang membela dap ni dah keluar Pas masuk parti Pan persoalanya cina hanya gunakan melayu serpihan pas ni sahaja untuk memecah belah oranng melayu.

ADAKAH DAP MENGIKTIRAF BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA RASMI NEGARA MALAYSIA?

Tidak pernah malah sering tidak mendaulatkan Bahasa Rasmi Negara

ADAKAH DAP MENGIKTIRAF REJIMEN ASKAR MELAYU DI RAJA SERTA ORGANISASI2 DI RAJA?

Perkataan Rejimen Askar Melayu Di Raja telah memaksimakan tahap kebencian DAP terhadap orang2 Melayu... DAP mahukan meletakkan Cina2 Cauvanis DAP untuk meneraju dan mengetuai segala organisasi2 keselamatan

DAP akan memperlekehkan segalanya mengenai orang Melayu dan mengganggap orang2 Melayu sebagai bodoh dan mahu merampas segala hak orang Melayu dan bumiputera2 di Malaysia

DAP akan menjebikkan muka bila diperkatakan tentang Ketuanan Melayu, Tanah Melayu, Ugama Islam, Raja2 Melayu, Artikel 153, Keretapi Tanah Melayu, Rejimen Askar Melayu Di Raja, GLC dan sebagainya kerana ianya adalah perkara2 yang DAP bertekap untuk hapuskan.

TETAPI satu perkara yang DAP Cauvanis Cina akan celik mata apabila mereka terdengar satu perkara mengenai Melayu dan Bumiputera... Perkara itu adalah

TANAH SIMPANAN ORANG MELAYU yang termasuk juga TANAH RIZAB BUMIPUTERA SARAWAK DAN SABAH!

Jika DAP berjaya menghapuskan Ketuanan Melayu, Tanah Melayu, Ugama Islam sebagai ugama rasmi, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, Raja2 Melayu, Artikel 153, Keretapi Tanah Melayu dan Rejimen Askar Melayu Di Raja, DAP akan tetap berputih mata jika tidak dapat mengambil tanah2 rizab bumiputera

Apakah agenda Dap dan sebahagianya adalah seperti berikut

1.Tidak bersetuju Agama Islam sebagai agama Persekutuan

2.Tokong perlu dibina sama banyak dengan Masjid

3.Tanah rezab Melayu perlu diserah kepada kaum Cina

4.Mahu hapuskan subjek Tamadun Islam di IPTA

5.Mahu berceramah dan memasuki mana-mana masjid tanpa perlu hormat menutup aurat.

6.Meluluskan projek kandang dan ternakan babi RM100 juta dibuat di kawasan penduduk majoriti Melayu di Selangor

7.Desak supaya nama tuhan Kristian iaitu God diganti dalam bible mereka menjadi Allah.

8.Menutup periuk nasi orang Melayu yang berniaga di Bazar Ramadhan antaranya di Penang dan Selangor

9.Menghina Agung sesuka hati

10.Mendesak UiTM dibuka dan diserah secara penuh kepada Cina

11.Mendesak menghapuskan Unit Tindakan Khas Polis

12.Mahu menjadikan semua agama itu sama

13.Menyokong dan mengiktiraf Parti Komunis Malaya adalah rejimen askar yang memerdekakan tanah Melayu.

Tak kenal maka tak cinta rasanya admin pm rasa elok sangat kita kongsikan cerita salah seorang bekas pemimpin Dap yang berbangsa melayu  yang benar benar tahu tentang penipuan Dap ini

23/03/13 – Tunku Abdul Aziz Ibrahim, menyertai DAP pada Ogos 2008, selepas itu beliau dilantik menjadi Naib Presiden DAP dan diberi jawatan senator oleh kerajaan Pulau Pinang.

Beliau dilantik Senator pada 2009, tetapi DAP tidak menyambung perkhidmatannya dipercayai akibat bantahan terbukanya terhadap perhimpunan BERSIH 3.0.

Pada Mei 2012, Tunku Aziz membuat keputusan meletakkan jawatannya dan keluar dari parti yang disertai kiran empat tahun itu.

Ikutilah ceramah penerangan beliau di Sepang, 15 Februari 2013 menceritakan suka duka bersama parti cauvanis Cina itu.

Berikut disediakan trankrip daripada rakaman video di bawah :

Ramai orang tanya, kenapa saya seorang Melayu masuk DAP?

Kawan saya, Datuk Zuraidah, hantar sms kepada saya, dalam bahasa Inggeris. Dia kata, “dah hilang fikiran ke (masuk DAP) ?.”

Masa saya masuk DAP dulu, saya bukan muda, (ketika itu) saya sudah berumur 74 tahun. Jadi, ramai orang hairan, bertanya, kenapa baru nak masuk parti politik?

Sebab masuk DAP

Saya masuk DAP ni, bukan kerana saya nak jadi ahli politik. Tetapi kerana Lim Kit Siang, seorang yang saya kenal, jemput saya masuk DAP. Dia kata, DAP ini adalah satu parti yang tidak ada rasuah. Itu kononnya. Tetapi, (bila) orang yang dah masuk (DAP), yang keluar itu, (mereka) sudah tahu (benarkah tiada rasuah).

Saya sudah lama jadi aktivis, nak mengurangkan rasuah di dalam negara kita, kerana saya sangat sayang negara saya.

Kalaulah betul saya ada cadangan nak jadi seorang ahli politik, saya sudah masuk UMNO semasa saya keluar dari universiti, semasa saya balik dari luar negara (dulu).

Seorang guru saya di Alor Setar, (Tan Sri) Hanafiah Hussain, dia jadi MP Yan, Kedah. Dia kata, Tunku mari masuk UMNO. Saya kata, tentang politik ini memang suka kerana masa di universiti dulu saya belajar tentang sains politik. Dia kata, belajar politik itu tidak sama dengan jadi ahli politik. Jadi, saya tak fikirlah saya ini boleh jadi seorang ahli politik.

Di dalam DAP, dia (Kit Siang) kata dia (akan) beri kepada saya satu platform. Katanya satu platform yang awak boleh teruskan kerja anti-kourpsi. Saya bertanya kepadanya, sebab masa dulu saya ada platform, saya Presiden Transparency International Malaysia dan juga Naib Presiden Transparency Worlwide.

Bila saya dah letak jawatan itu (Transparency International), saya sudah tidak ada lagi platform. Jadi, bila dia (Kit Siang) kata, “Okay, awak ada platform” , (maka) saya terima lah (masuk DAP). Bukanlah bererti saya minta pangkat ke apa dengan DAP, tidak.

Bila saya mula-mula masuk DAP (Ogos 2008), dalam masa dua hari, (saya) diberi jawatan Naib Pengerusi DAP. Lepas tu, tak lama selepas itu, dilantik jadi seorang Senator.Senator DAP pertama dari Pulau Pinang.

Pujukan Kit Siang & Guan Eng

Tetapi, bila saya masuk DAP dalam dua bulan sahaja, saya mula berfikir, saya masuk parti tak betul ini. Jadi, saya tulis surat kepada Karpal Singh (Pengerusi DAP). Saya kata, saya nak letak jawatan lah. Dalam DAP ini, kalau kita tulis surat, tak kira pangkat kita pangkat bawah, pangkat atas, mereka tak jawab surat kita.

Kemudian, setahun lepas itu (2009), sekali lagi. saya tulis surat kepada Kit Siang (Penasihat DAP). Selepas itu, Kit Siang dan Guan Eng datang berjumpa saya. mereka pujuk saya, ‘Tolonglah, kalau Tunku keluar DAP akan banyak masalah’.

Saya ingat, kita (saya dengan Kit Siang) ini kawan lama, oklah saya tak jadi keluar. Namun, saya lihat perkara yang dibuat dalam DAP adalah perkara yang saya tak boleh terima. Kita kena ada prinsip.

Dalam DAP ini, masa bercakap cukup pandai. Kata tak ada rasuah, tapi rasuah dalam DAP ini, macam Encik Jafrei (Nordin), dia buat satu press conference di Pulau Pinang, cerita semua.

Agenda rahsia

Kononnya DAP ini satu parti multiracial (berbilang kaum). Tetapi cuba kita tengok, kalau mereka nak berbincang tentang polisi, mereka bersama-sama mereka sahaja. Yang kita ini (Melayu) hanya pelaksana keputusan umum, tetapi tentang agenda rahsia memang dia setuju. Dia tak kata dia setuju tapi kita fahamlah dia setuju.

Kita tengoklah orang Melayu, orang India dalam DAP, semua diketepikan.

Baru-baru ini, konvensyen DAP di Pulau Pinang, nak melantik CEC, jawatan paling tinggi dalam parti. Lapan calon Melayu (masuk bertanding), seorang pun tak terpilih, tak dilantik.

Maknanya, kepimpinan tertinggi DAP tak boleh terima (Melayu). Jadi, nak tunjuk juga DAP ini satu parti berbilang kaum, dia kata dia buat silap semasa proses pemilihan itu.

Jadi, budak nama Zairil, dia kata Zairil ni orang Melayu tetapi Zairil ni bukan orang Melayu. Zairil ni nama betul dia.. (Christopher Howard Lim).. Dia (Zairil) jadi anak angkat kepada Tan Sri Khir Johari. Khir Johari ni biasa dengan saya. Dia guru saya dulu di kolej. Saya kenal dia.

Kalau keturunan keluarga Zairil, bapa Cina, emak Cina, macam mana anak dia jadi Melayu ? Kalau dah masuk Islam tu, kita boleh terima dia sebagai seorang Islam tetapi jangan kata pula ini orang Melayu.

Kalau tak bersetuju, habis..

Dalam DAP ini, kalau kita tak bersetuju, habis. Saya masa masuk itu, ada seorang yang lama dengan DAP, saya tak boleh nak sebut nama dia, di Taiping. Dia kata, dalam DAP ini awak tidak boleh kritik Kit Siang dan Guan Eng. Jika awak kritik, cita-cita politik awak akan tamat. Maknanya, janganlah kita nak kata tak bersetuju.

Tapi saya, bukanlah saya nak minta sedekah dengan mereka ini. Mereka yang pelawa saya. Jadi, kalau benda tu tak betul, saya kata tak betul. Kalau benda itu betul, okay betul.

Sungguhpun saya dalam pembangkang, tetapi apa yang YAB Perdana Menteri lakukan itu, saya kata, kita kena sokong program transformasinya. Ini adalah satu program yang baik dan akan memberi banyak manfaat kepada rakyat Malaysia, (saya) sokong. Mereka cukup marah dengan saya.

Kalau saya sebut 1Malaysia pun marah, sampai begitu.. Jadi, (DAP) ini satu parti yang khianat. mereka tanam sentimen benci, bukan satu parti yang macam 1Malaysia, tidak.

Kalau tengok dia punya cara mereka menulis di siber, baru kita tahu bahawa parti ini (DAP) satu parti yang tak boleh halang kerana mereka bukan peduli, kalau melanggar undang-undang. Sungguh pun mereka ini semua pembuat undang-undang, ahli parlimen.

Taja Demonstrasi jalanan

Saya keluar dari DAP semasa saya jadi Senator. Dalam Senat saya bangun dan saya kata, saya tak bersetuju dengan apa yang Bersih akan buat iaitu street demonstration (demonstrasi jalanan). DAP hantar banyak duit kepada semua, beratus-ratus, boleh kata beribu-ribu orang rakyat Malaysia, suruh mereka keluar hari itu, buat satu demonstrasi jalanan.

Jadi, saya kata, ini saya tak boleh sokong. Saya memang sokong pemilihan yang adil dan bersih. Siapa tak sokong, semua rakyat sokong. Tetapi saya tak boleh sokong kalau Datuk Ambiga mahu melanggar undang-undang.

Kerajaan dah kata, jalan Dataran Merdeka itu satu kawasan larangan. Maknanya kita tak boleh nak masuk ke situ. Tapi mereka dah masuk juga, mereka tak peduli.

Jadi berlaku konfrantasi saya dengan Lim Guan Eng. Saya kata, memang saya tak boleh sokong. Saya tak boleh bersetuju. Dia kata, orang lain semua setuju, kenapa Tunku tak boleh setuju. Saya kata, dia nak bersetuju dia setujulah tapi saya tak boleh nak terima ini (kerana) nak memecahkan dan melanggar undang-undang.

Kalau satu undang-undang itu yang tak baiklah katanya, kita ada kaedah dalam sistem kita. Sistem demokrasi dalam parlimen. Kita nak ubah, nak alih, kita mesti melalui Parlimen.

Civil disobedience

Jadi, dia (Guan Eng) ingat dia pandai. Dia kata semula kepada saya. Dia kata, ini bukan nak pecah undang-undang, ini hanya ‘civil disobedience‘ (penentangan masyarakat awam tanpa keganasan).

Ini Lim Guan Eng dia ingat dia pandai. Tetapi bagi saya, budak ini cukup bodoh. Dia tak faham apa itu civil disobedience

Civil disobedience ini adalah satu konsep, bukan konsep baru, tetapi konsep lama. Di Eropah dulu. berpuluh-puluh tahun dulu sebelum Mathma Ghandi (di India). Tetapi Ghandi, dia buat civil disobedient kerana apa ? kerana dia nak halau orang Inggeris keluar dari India.

Jadi, saya tanya Guan Eng, “Di Malaysia, siapa yang awak nak tendang keluar? Kita adalah negara merdeka. Siapa yang awak nak tendang keluar ?

Oh dia (Guan Eng) kata di Southern Amerika Syarikat (AS), Martin Luther (orang kulit hitam) kata, mengikut Guan Eng, kalau undang-undang itu zalim, kita tak payah ikut undang-undang itu. Itu pun satu orang, saya kira otak yang dah beku.

Di Southern AS, orang kulit hitam , tidak ada apa-apa hak, no right. Nak naik bas pun tak boleh bersama-sama dengan orang putih. Kalau ada pun pendaftaran perhimpunan, orang kulit hitam ini, bukan sebahagian daripada sistem mereka.

Kalau begitu (keadaannya) saya pun bersetuju (jika menentang), tetapi di Malaysia ini, mana ada kita kata, bas ini untuk orang Melayu, bas ini untuk orang Cina, bas ini untuk orang India…tidak, semua sekali (boleh naik). Yang ada dibuat itu asing itu keretapi. Yang ini gerabak untuk perempuan sahaja.

Perjumpaan empat mata

Lim Kit Siang datang ke rumah (saya) dua kali. Dua kali.

Dia kata, Anwar dan pemimpin-pemimpin pakatan lain marah dengan apa yang saya kata itu, (iaitu) saya tak bersetuju dengan Bersih.

Jadi, saya kata kepada dia.. “Kit Siang, saya bukan masuk PKR, saya masuk DAP. Patutnya DAP “.. Ini point penting, dengar betul-betul, “DAP namanya Democratic Action Party“. Tapi demokrasi ini bukan demokrasi yang kita faham.

Dia kata, mereka tak bersetujulah apa yang Tunku kata itu. Saya kata okaylah.

Dia kata, “giliran anda disambung kontrak tidak lama lagi,”. Bila dia kata begitu, saya berasa marah.

Saya kata kepada Kit Siang..Jika kemasukan saya dalam DAP menimbulkan masalah, apabila awak jumpa Guan Eng esok, awak habiskan, jangan sambung jawatan (senator) saya lagi, saya tak mahu.

Tetapi apabila Guan Eng buat pengumuman kononnya, dia kata, saya ‘menyerang’ dia, tetapi dia tak kata saya menyerang dia sebab dia nak melanggar undang-undang.

Jadi, yang undang-undang itu disorokkan. Diberitahu kepada semua orang bahawa saya menentang, menentang pilihanraya yang adil dan bebas. Itu kejahatan dia. Saya tak boleh jadi ahli parti yang begini, tipu menipu, macam-macam.

Malaysia Spring

Lagipun, dalam DAP, mereka bukan kira apa akan jadi kepada negara kita ini. Mereka kata, kami harap akan berlaku satu lagi Arab Spring (di Malaysia).

Seorang lagi, lelaki senior, dia kata, “saya harap demonstrasi ini (BERSIH) adalah permulaan untuk Malaysia Spring”. Maknanya, mereka tak peduli. Mereka tak peduli apa akan jadi kepada negara.

Saya sudah kata saya menentang demonstrasi jalanan. Kita tengok dengan mata sendiri dan baca. Semua demontrasi jalanan ini, mula-mula secara aman. Tipu lah kalau kata emonstrasi kononnya aman. Mana ada penganjur demonstrasi ini kata “demontrasi untuk keganasan, tidak. Dia akan kata ‘sangat aman’. Tetapi tengok apa jadi.

Apa yang saya kata tu bukanlah bererti saya pandai, tetapi dah orang tua, memang ada pengalaman sikit. Apa yang akan (diramalkan), terjadi.

Jadi, bila dah jadi begitu, siapa yang lari dulu…Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim dan pembantunya itu lompat atas trak, lari keluar. Yang tinggal di situ Datuk Ambiga.

Datuk Ambiga menangis, minta maaf itu ini tapi dia sungguhpun seorang peguam tetapi bodoh juga kerana membenarkan Anwar, Kit Siang dan Guan Eng sabotaj demonstrasi anjurannya itu. Maknanya, ahli-ahli politik telah berjaya memanipulasi demonstrasi itu.

Apa respon mereka, apa yang mereka kata, “Oh ini (kerja) polis. Polis masukkan orang dia dalam tu buat kacau”.

Macam saya juga bila sudah keluar parti, apa mereka kata, “saya dah dibeli”. Dibeli oleh UMNO dan dibayar oleh MCA. MCA banyak duit daripada UMNO. UMNO beli MCA bayar.

Masa kita masuk dulu, lagi kita kritik UMNO, wah kita hero, tetapi jika anda tidak bersetuju (dengan parti sendiri), habis cerita. Inilah DAP.

Masa depan Melayu

Saya dalam DAP dekat empat tahun dan hampir dapat banyaklah pengalaman, tengok apa dia buat betul (dan) tak betul. Kita khususkan kepada orang Melayu, kita ambil contoh Pulau Pinang.

Kalau ikut Guan Eng semasa tahun 2008, dia kata, “Sekarang DAP akan buat satu program nak naikkan hak orang Melayu di Penang.” Tetapi masa sekarang, apa yang jadi. Apa pun tak jadi.

Jadi, janganlah sekali-kali kita percaya, janganlah harap, sungguh pun dia kata parti berbilang kaum. Parti ini (DAP) adalah satu parti chauvinis.

Kawan-kawan saya dari DAP dulu, mereka faham. Kerana pandangan mereka sama dengan kita di sini iaitu perkara yang paling penting adalah negara. Bukan untuk diri sendiri tetapi untuk anak cucu dan untuk semua rakyat Malaysia.

BN sudah memerintah kita dah berpuluh tahun, lebih daripada 50 tahun. Dalam masa ini kita tengok, negara kita cukup maju, rakyat kita boleh hidup dan kerjasama walaupun kadang-kadang ada tak setuju.

Masa British dulu, masa kita baru-baru merdeka dulu, orang Malaya masa itu apa pun tak ada. Kita tengok sekarang ini, bukanlah saya nak kata apa yang BN buat ini semuanya betul. Banyak juga yang tak betul tetapi kalau yang tak betul tu saya sendiri selalu kritik dia dalam majalah-majalah atau dalam surat khabar. Tetapi kalau perkara yang betul, patut kita kata bagus, patut kita sokong.

Saya pergi mana-mana pun saya kata, ini janganlah dengar parti pembangkang kata, “kita semua kena ubah.” Nak ubah apa kalau benda tu tak rosak, kita nak ubah apa. Jadi, dia kata ubah..ubah. Kita tak boleh ikut apa yang dikatakan oleh parti pembangkang.

Janji banyaklah. Kalau kita dengar Anwar Ibrahim, janji dia semua boleh buat tetapi kita tengok rekod dia. Janji itu hanya tinggal janji.